BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, July 19, 2010

:: Ukhuwah kerana ALLAH ::


Semakin hari diri ini disayangi orang.. Alhamdulillah, MK rasa bersyukur sangat ke hadrat Ilahi.. Tak tahu kenapa, mungkin ada hikmah disebalik semua ini.. Akan MK jaga hubungan ini kerana Allah.. Terima kasih kepada semua yang menyayangi MK.. Yang membuatkan MK terharu sangat2, sampai saudara islam kita di Mesir, di Oman, di Afghanistan, di Maldives dan juga negara jiran kita Indonesia semua sayang pada MK..


Pastu MK ade kenal dengan seorang insan yang MK tidak fikir MK dapat berkenalan dengan dia.. Tetapi semua itu percaturan dariNYA.. Sangat2 berbesar hati bila MK dapat kenal dengan dia.. Ratu Syabinar @ Ummul Syabinar.. Subhanallah! Nama yang cukup mendalam dari 2 patah perkataan tu,, MK panggil dia Kak Sya.. Kak Sya Belajar di UNIVERSITI AL-AZHAR KAHERAH MESIR.. Walau jarang untuk MK berbual dengannya melalui IE, tapi MK seronok.. Baru2 ni MK dapat tengok gambar yang Kak Sya upload dari mana ye hehe MK pun tatau maybe di bumi mesir.. Maaf Kak Sya if ann salah.. how can i say?????

SUBHANALLAH!!!!!!! cantik! perfect! mabless!! macam2 perkataan dah MK keluar untuk menunjukkan tempat tu sangat2 menarik.. Kak Sya insan yang bertuah kerana dapat pergi sana.. MK? Insha-Allah if Allah invite me to go there also.. Aameen.. bertambah kiut bila tengok Kak Sya pakai "hat".. hehe.. Sungguh MK cakap, cantik sangat2 tempat tu.. Kak Sya cakap itu pantai ajaib.. (7warna) tp MK tengok 1 warna je, apakah MK dah tak nampak warna lain?? hehehe......... MK doakan Kak Sya menjadi wanita yang solehah yg dibanggakan keluarga dan semua orang.. Terima kasih Kak Sya kerana sudi kenal dgn MK.. MK tak mampu untuk jd yg terbaik mcm Kak Sya tapi MK sedang meniti kearah itu, semoga Allah permudahkan segala urusan MK dengan apa yang MK niatkan... For Kak Sya, May Allah bless u and ur family in this world and hereafter....Aameen ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥...

Nak jumpa dengan diorang terlalu jauh la buat MK, tapi kita masih punya jalan yang sangat2 mudah dan dekat.. iaitu doa, dan itu juga pesanan mereka buat MK jika MK rindukan mereka.. Inilah keajaiban ISLAM.. di mana2 sahaja kita berada, kita tetap masih punya ada saudara.. Tidak kira berlainan bangsa apa pun yang penting kita memang sudah saudara dengan mereka.. Allahu Rabbi!

Jadi, MK perlu la menjaga hubungan silaturahim ini dengan sebaiknya,, dan Rasulullah pernah bersabda, "Siapa yang ingin dilapangkan rezekinya, dan dipanjangkan usianya, hendaklah ia memelihara hubungan silaturahim..."

:: Doa Pengasih ::

اللهم حبّب عبدك هذا الى عبادك المؤمنين وحبّب الى المؤمنين

Allahumma habbib 'abdaka haza ila 'ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin

"Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman"


Dalam hadis riwayat Muslim,Abu Hurairah r.a telah memohon Nabi S.A.W agar berdoa kepada Allah supaya diberikan hidayah kepada ibunya agar memeluk Islam.Berkat doa Nabi yang juga menunjukkan mukjizat Baginda,ibu kepada Abu Hurairah telah memeluk islam akhirnya.Beliau kemudiannya meminta Nabi S.A.W berdoa kepada Allah agar dia dan ibunya dicintai oleh sekalian orang-orang beriman.Nabi telah mendoakan untuk mereka dengan doa di atas dengan sedikit penambahan-"wa ummahu"(dan ibu Abu Hurairah),selepas kalimah"abdaka hadza"- .hasil doa Nabi,setiap orang beriman yang lahir akan merasa cinta apabila mendengar tentang Abu Hurairah..
~:ooOOoo:~

Inilah doa yang MK amalkan.. supaya kita semua berkasih, sayan
g, hormat, rindu sentiasa.. Hasilnya Alhamdulillah...
Beramal dengan ayat Al-Quran insyaAllah mesti ada hasil, cuma cepat dan lambat jer..
Kena la sabar kan.. sebab kita ni bukanlah insan2 yang terpilih mcm wali..sufi..alim.. ulama'...

Jadi doa tu nak terangkat.. banyak le tapisan kot.. apepun yakin pada DIA, Allah Maha Mengetahui segalanya...

~Wallahualam Bishowab~

2 comments:

UmmuL SyabinaR said...

Assaamualaikum..

buat adikku...nurul farhana..kak sya xpernah jumpa seorang insan yang sangat baik sepertimu..Semoga Allah memelihara hubungan kita..tiba2 kak sya rasa teringin nak jumpa Ann..Alhamdulillah, syukran lillah atas pertemuan yang tidak disengajakan ini..semoga hubungan kita kekal hingga ke syurga..love u sis!

musafir kecil said...

Waalaykumusalam w.b.t, Kak Sya..
Insha-Allah, kak sya.. Semuga dipermudahkan buat kita.. Kak sya jauh camne nk jumpa? ann kena tunggu kak sya balik mesia.. dan seperti apa yg dijanjikan.. have something to gift u from we all ( my family ) me too, may Allah grant us to jannatul firdaus.. Aameen.. love u too,kak sya :)