BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 31, 2010

:: syukran jazeelan ya sodiQati ::


emm tiba-tiba je MK nak entry pasal budak nih.. hihi ^_^.. ok, inilah sahabat baik MK.. Namanya Ku Hasmidar.. baru je Ku call MK tadi.. ahh rinduuunya pada Ku.. Ku tanya MK sihat ke tak.. tengah buat apa.. seronoknya.. Ku ada beritahu MK tadi, yang Ku nak sambung belajar lagi.. sukanya hati MK! takpe Ku, belajar dulu pastu baru kerja ye.. MK sentiasa doakan Ku dalam apa jua yang Ku lakukan... haa kawan2, inilah kawan MK yang still ingat MK sebagai sahabat.. yela, sekarang ni susah nak dapat sahabat yang betul2 setia dengan kita.. susah senang bersama.. kebanyakan, bila dah senang segalanya lupa.. lupa dimana titik pertemuan seorang sahabat itu.. bagi MK, Ku banyak bagi semangat pada MK.. tika MK sedih, Ku kuatkan semangat MK..

Bagi MK tahun 2010 adalah tahun segalanya tercipta kenangan.. tak kira la kenangan itu pahit ke, manis ke.. tetapi disebalik kenangan itu, MK redha dengan apa yang sedang berlaku pada diri MK ni.. Dugaan dan ujian ni kalau dipersoalkan berdosa jadi MK terima dan laluinya dengan hati yang sangat tabah.. terima kasih Ku kerana sentiasa berikan sokongan pada MK.. Engkau lah sahabatku dunia dan akhirat...

untuk Ku, MK persembahkan lirik lagu Sebuah Pertemuan untukmu.. semoga ukhuwah kita ini kekal hingga ke syurga,, insha-ALLAH... An sayang Ku sangat2.. terima kasih kerana sudi berkenalan juga bersahabat dengan An.. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan Ku di dunia ini juga di akhirat sana.. disaat MK mula bergolak perasaan dengan seseorang, kau hadir untuk memberikan semangat padaku.... sayang kamu,,,, sahabat!!!!

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama
TEMAN

Thursday, December 30, 2010

:: kau lakukan tika saatku begini.. ::


"Bila dikau sudah berada di atas, dikau lupa pula diriku yg masih di bawah ini.. Lumrah

kehidupan, yg penting ku perlu jadi diri sendiri.."



‎" kadangkala kita perlu menangis untuk menghargai saat bahagia.. dan kadangkala juga

kita perlu bergembira bagi setitis airmata..."


‎" teman ketawa bagaikan air di daun keladi.. tetapi teman yang SEJATI ibarat air lalu

walau dicincang tak akan putus.. "


CUBA sesuatu dengan KETULUSAN HATI untuk SAMPAI SYURGA kerana ingin mendapatkan PERMATA YANG DICARI.. (hehehe wat ayat dr tajuk lagu2 Faizal Tahir & Kump. Dehearty )


hmmm........ puas kan kamu? puas kan? puassss!!!! PUASKAH.. creadit to wali band..

Puaskah kau lukaiku

Puaskah kau sakitiku

Puaskah khianatiku

Puaskah hoo.. Sayangku

Di manakah nuranimu

Di mana akal sehatmu

Sekarang kau campakanku

Setelah kau dapatkanku

Reff:

Mungkin hanya bila ku mati

Kau ‘kan berhenti ‘tuk menyakiti

Sampai kapan aku begini

Terus begini

Terus engkau lukai


Wednesday, December 29, 2010

:: Malaysia tidak perlu logo HALAL! ::

:: Malaysia tidak perlu logo HALAL tetapi HARAM! ::

Dalam negara Islam seperti Malaysia, kita perlukan logo makanan haram, bukan logo halal. Kita hanya mengambil tindakan kepada yang menjual makanan haram tanpa meletakkan logo haram. Sebabnya, sepatutnya dalam negara kita yang halal itulah yang banyak, sementara yang haram itu sedikit. Ini selaras dengan prinsip Islam.

Maka, secara praktikalnya yang patut dilogokan adalah yang sedikit, bukan yang banyak. Jika tidak, tindakan undang-undang boleh dikenakan kepada pengeluar. Maka tidak timbul isu makanan haram atau cop halal yang palsu. Yang ada hanyalah cop haram.

Mana mungkin ada orang suka diletakkan cop haram secara tipu-tipu. Sebaliknya, semua pengusaha akan berusaha agar mereka tidak mendapat atau diwajibkan menampal cop haram. Lalu semua perkara akan beransur menjadi halal. Maka tidaklah terasa sempit kerana setiap kali hendak makan dalam negara Islam pun asyik cari cop halal ada atau tidak.


Padahal banyak yang halal, cuma belum mendapat cop. Patutnya makanlah apa pun produk selagi tidak diletakkan logo haram, maka silalah. Itu barulah namanya negara umat Islam. Jika kita hendak buat duit dengan logo pun, untuk negara luar yang bukan Islam.

Di samping kita perlu tahu, baginda Nabi S.A.W begitu luas dalam soal makanan halal ini. Oleh sebab itu, apabila kaum yang baharu menganut Islam berkata Nabi S.A.W :

Maksudnya : "Sesungguhnya satu kaum membawa kepada kami daging yang tidak tahu mereka menyebut nama Allah atau tidak. Adakah kami boleh memakannya atau tidak? Sabda Nabi S.A.W : "kamu sebutlah nama Allah dan makanlah."

( Riwayat Bukhari )

Maksudnya, jika kamu tidak pasti tentang hal itu, kamu boleh menyebut nama Allah S.W.T semasa hendak makan dan makanlah. Maka, ruang halal begitu luas. Jika ada yang merungut kerana Islam asyik mengharamkan itu dan ini, maka sama ada dunia telah dicermari atau kita sengaja menyempitkan pemikiran dan diri.


fikir-fikirkanlahhhhhh.........

Tuesday, December 28, 2010

:: tahun baru, semangat baru azam pn baru! ::


Assalamualaikum w.b.t.. kali ni MK nk entry bab keilmuan sikit.. keilmuan ke? haha takde la sangat tapi boleh la dari takde kan.. Actually, MK pun dah nak masuk sem 1.. kecoh ke? takde laa kan kawan??? sebab selama ni MK foundation.. foundation pun wajib lulus.. masa foundation MK belajar 6 subjek iaitu Anatomy and Physiology, Applied Math, Islamic Studies, Malaysian Studies, Nursing dan juga English.. dan alhamdulillah bersyukur sangat kepada ALLAH sebab segalanya berakhir dengan kejayaan..

Berbalik pada tajuk tu, sempena nak masuk tahun baru ni, MK nak matangkan diri MK ni dulu.. yela selama ni MK tak pandai sangat nak berdikari.. semua bergantung pada orang.. kali ni, start from now, MK nak berdikari sendiri.. 21 tahun? hmm dua angka yang agak cukup mematangkan bagi seseorang tu tapi bg MK, walau MK dah semakin dewasa,,, MK masih dibawah penjagaan mama dan ayah.. tiada makna "free" dalam kamus hidup MK sebelum MK sah jadi hak milik seseorang.. MK berjanji yg MK akan belajar bersungguh2 kali ni.. MK taknak main2 dalam pelajaran.. MK nak focus apa yang ada dihadapan MK sekarang.. yang dah lepas tu, lepas laa.. buat apa nak diingatkan kembali jika dengan mengingati sesuatu perkara tu membuatkan hati, perasaan dan jiwa terganggu.. melainkan MK ambil semua tu sebagai pembakar semangat MK untuk teruskan kehidupan yang penuh onak duri dalam meniti kehidupan dunia yang fana ini..

Actually, MK cuma nak focuskan pada study MK.. MK nak betul2 struggle sebab my mission is,,, MK nak ke Saudi Arabia.. kalau MK jaga pointer MK start dari foundation sampai akhir sem nanti, insha-ALLAH MK boleh praktikal dan dapat kerja disana.. Insha-ALLAH.. dengan arabic language yang MK belajar selama ni akan menguatkan lagi untuk MK bakal kesana.. yang penting, MK perlu berusaha sesungguh2nya!!!!!

kat KL, MK dh jadi ahli jemaah kt Masjid Jamek.. MK dah mula cintakan masjid tu.. yela sbb kolej MK tak jauh mana pn dari masjid tu.. habis kelas terus singgah.. seronok! pasni MK nak kerap gi semua masjid kt KL tu.. Masjid Besi tu agak panas sikit laa.. huhu.. lecturer MK pn cakap macam tu.. tp kan Masjid Putrajaya paling best! seronok sangat2.... bukan best tak best yang MK maksudkan cuma MK nk kerap pergi kesemua masjid yg ada kt sekitar KL tu.. bg student lain, habis kelas pergi Mines la, pergi Mid Valley la, pergi TS (singkatan dr Times Square) la dan ape2 lagi laaa.. hmm bukan MK ni baik sangat tp MK ni tak boleh penat2 sangat.. so, maaf la kalau MK tak macam student lain.. tak kisah la u all nak kemana pun yang penting, pelajaran jangan terganggu dah la.. bagi MK plak, MK perlu tahu asal usul MK ni dari mana jadi perlu bawa diri sendiri ke tempat orang.. tak perlu la nak ubah style ke, ape2 je laa.. ini ada budak2 baru, dah ubah style pakaian.. diorang leh cakap plak, hey! sini KL laa beb! mcm nak tergelak pun ada jugak.. KL? perlu ke nak ubah semua tu? tak ada makna nya... MK tak bangga langsung la duk KL ni, cuma MK bangga dengan apa yang MK belajar selama ini.. biarkanku menjadi diri sendiri kerana itu lebih baik dan itu yang membuktikan aku tetap aku!!!!!!

bagi kawan2 semua.. Selamat Menyambut Tahun Baru 2011.. semoga tahun ini akan mendapat keberkatan dari-Nya.. semua yang berlaku pada tahun yang berlalu itu adalah kenangan.. ada kenangan yang manis.. ada kenangan yang pahit tapi bagi MK, kenangan itu adalah anugerah yang cukup besar buat MK.. " sehebat mana pun kita, kita takkan dapat membina kenangan yang lalu dan sekaya mana pun kita, kita takkan dapat membeli kenangan yang lalu...." zassssssssss.... Salam sayang buat semua sahabatku..

Saturday, December 25, 2010

:: ku teruskan jua SUNNAH KEHIDUPAN ku ::


kasih manusia sentiasa bermusim,
kasih ALLAH tiada bertepi,
sayang manusia tiada yang abadi,
sayang ALLAH janji-Nya pasti!!!

hmm betul kan? sekarang ni nak cari teman yg betul2 dpt rasai susah senang bersama, tawa nangis bersama amatttt susah.. kenapa yer? bila susah kita yg dicari... bila senang? hmm ALLAH Maha Mengetahui segalanya.. bg MK, sahabat itu adalah satu nama yg penuh makna hadir tika tawa juga tika duka.. Tiada pada cinta, tiada pada lafaznya.. Hanya kejujuran yg menyulami hati.. Hanya keikhlasan menyirami jiwa.. Kebaikan dihargai.. dannnnnn kesalahan dimaafi..

angin rindu menghembus dalam ingatan MK.. membuatkan minda MK bermain sejenak dgn segala memori yg terindah bersamamu suatu ketika dahulu.. terkenang kisah persahabatan kita bersama.. di dalam suatu pengajian... menuntut ilmu dan pengalaman..

diri ini sudah merasai pelbagai pengalaman dlm pekerjaan.. sudah memegang duit gaji sendiri ku kongsikan bersama-sama, kita luangkan masa bersama.. dari suatu tempat ke suatu tempat.. peristiwa itu amat bermakna dalam hidupku.. tetapi kembalinya diri ini menuntut ilmu untuk kali yang seterusnya, perhubungan kita kian renggang.. dikau dimana? dikau bagaimana? mengapa dikau begini???? dikau hanya mendiamkan diri tanpa sebarang kata..

hmm,, namun terasa ada sesuatu yang kurang.. Mungkin juga tersilap kata, tergambar perbuatan yang tercalar hati, terluka hati yang tidak sengaja. Keputusan diambil dengan memberikan ruang kami bersama.. Mungkin perasaan salah dalam meneka.. Hati mungkin akan terguris. Tapi itulah yang dirasa.. Agar tali yang renggang tidak akan terus putus. Mungkin ini juga salah.. Tidak tahu mengungkap dengan kata-kata.. Berikan ruang hanya untuk seketika... Mohon maaf salah dan silap yang ku pinta darimu .....

madah untukmu, wahai insan yang tersayang..

terima kasih, wahai teman..
airmata yang gugur ini..
hati yang membengkak dan berdarah ini..
aku pasti ia adalah suatu permulaan menuju aku
ke alam KEDEWASAAN..

aku tidak berdaya menahan hibanya rasa kau pergi jua,,
dalam meninggalkanku,,
aku redha dgn apa yang terjadi,,
mungkin ada rahmat yg tersembunyi....

sahabat itu adalah anugerah yang indah..
mungkin seseorang itu boleh hidup tanpa kekasih..
tetapi jarang seseorang itu boleh hidup tanpa SAHABAT...!!!

Friday, December 24, 2010

:: saat yang dinanti akan tiba? ::

oppss.. siapakah gerangan jejaka ini? sape yer? ( pura2 thinking ) huhu maafkan MK bukan utk menunjuk atau apa.. cuma utk perkenalkan ajerr.. MK dah penattt sgt2 nak menjawab pertanyaan kalian.. MK dh rasa macam operator TM plak.. kalau MK betul2 operator TM takpe jugak, dapat gak wifi percuma leh guna umah kt ampang tuuu ... tp tak pun.. sian la kt MK ni, dah la nafas tak berapa nak stabil nk jawab itu ini sana sini.. ( hihi dh macam lagu CT Nurhaliza, CT situ sana sini...)bg MK jika nak punyai hubungan dengan seseorang tu, biarlah berlandaskan syariat yg betul.. apa2 pun MK doakan kalian bertemu jodoh dengan pilihan hati kalian yer.. dan perlu percaya, bahawa jodoh dr DIA adalah yg terbaik! kerana kita semua milik ALLAH jd sebaik mana perancangan dr kita segalanya ALLAH yg tentukan.. ingat tu yerr???

emm banyak sangat cite, ok la.. ni la bakal tunang MK.. Nama nya Muhammad Farid Nazmi bin Mohd Nor (emm betol ke nama pnuh cmni.. tkut salah jer.. hihi ).. kpd kawan2 MK, ini lah bakal tunang MK.. insha-ALLAH dlm beberapa detik lagi akan MK inform dan invite anda semua ye.. maafla kene cakap beberapa detik sbb nak sampai sebulan,dua, tiga tu berdetik juga kan? hihi jangan maraaa yaa! ape pun anggapla tarikh tu SUPRISE!!! baru best kan? hah! kepada yang bising2 mulut tu, dah terjawab naa persoalan hangpa semua.. jangan dok mengata cek lagi naa.. yang ramai2 dok usha cek tu, cek takmau mainkan perasaan hangpa jadi cek kena buat pilihan yg bijak mcm dok pilih barang mesia tu laa.. ( hmm nape tetiba je MK speaking ala2 utara nih? aishhh... )

jadi, MK perlu la semakin matang dalam meniti kehidupan ni.. hah lupe plak, di kesempatan ni MK nk ingatkan pd yg rasa2 belum di "ikat" oleh mana2 la, jgn la fikir kalian tu "tak laku" , "jodoh takde lagi" atau ape je yg kalian fikirkan.. tanamkan dalam hati, kalian harusssss kuatkan "cinta" kalian dgn Yg Maha Esa.. jodoh pertemuan smua itu ALLAH yg tentukan so, jangan dok risau2 laa.. ALLAH sentiasa bersama kita.. ingat yer kawan2... "setiap kesulitan pasti ada kemudahan.."

bg MK plak, harus ingt.. dah bertunang ni nti bukan tandanya dh "free" atau green light.. syariat tetap syariat.. sebelum ia menjadi halal ia tetap "HARAM".. so, pandai2 la jaga maruah yer.. kerana maruah seorang anak perempuan itu adalah maruah kepada ayah!!!!ingat yer MK.. jangan apa yg belajar selama ini "syariatul wal qaanun" kt KIPSAS dulu tak dipraktikkan.. dan jangan plak wrong way pegi libatkan "nursing" dalam hal ni.. adehhhh bahaya tuuuuu!!!! taknak taknak taknak yer...

~~~000~~~

:: yang berlalu biarlah berlalu ::

mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali dlm kehidupan kita sekarang, kemudian bersedih di atas kedukaan dan kegagalan di dalamnya merupakan suatu tindakan yang bodoh dan gila.. itu sama ertinya dengan membunuh semangat, membunuh harapan dan menghalangi orang untuk menjalani kehidupan seadanya..

huhu hanya Tuhan je tau perasaan MK.. sedih, pilu suma ada la kalau nak ceritakan semua tak tercerita agaknya.. kenapa la saat ni MK terlalu memikirkan perkara2 yg lepas? nape MK??? MK tau tak???? dgn membuka kembali lembaran masa lalu hanya akan merosakkan suasana yg ada dan menyia2kan perjuangan yg selama ini sudah dilakukan.. MK kene ingat kata2 ni, orang yg berusaha kembali ke masa lalu, adalah tidak ubah seperti orang yg menggiling tepung, padahal dirinya sendiri tergiling di dalamnya..
hmm apakata MK nyanyi lagu si Shahir tu.. dapat relakssssss sikit kan? jangan dok kalut2 laa... ALLAH bersama mu... ingat tuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tak perlu ucapkan sepatah kata

Kerana lantang terbaca dari muka

Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa

Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi

Betulkan kesilapan perhubungan ini

Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan

Manakah agaknya cinta kasih?

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum

Bunga yang layu pada musim luruh

Yang dulunya mekar disinar suria

Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata

Semakin lama semakin rekah

Menimbulkan tanya apa mungkin kita

Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Tiap titis airmata kau tangiskan

Ku dah cukup menampung selautan

Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam

Kerana cuba menafi realiti

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum

Bunga yang layu pada musim luruh

Yang dulunya mekar disinar suria

Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata

Semakin lama semakin rekah

Menimbulkan tanya apa mungkin kita

Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Sunday, December 19, 2010

:: Breep Breep!!! ::



:: hati semakin kuat..!! ::

salam... emm dh lama MK tak update blog ni kan.. sorry sangat2.. bukan sengaja tp kekangan masa yg membuatkan MK lama tk update..sekian lama hati MK resah.. tak tenteram hanya kerana sesuatu perkara yg tak disangka2 akan terjadi pada diri MK ni.. tapi MK berjaya kuatkan semua itu.. sampai bila harus MK bergantung pada org lain..?? tetapi MK cuba pasakkan dalam hati ni terdapat berjuta2 hikmah yg MK taktahu.. MK sentiasa doakan yg terbaik buat dirimu wahai insan yg MK sangat sayang dlm hidup ni didunia juga akhirat sana nanti.. MK masih seperti dulu.. walau dibuang dr hidupmu, MK masih mengingatimu wahai insan yg amat MK sayangi!!!hmm alhamdulillah, sudah 3 bulan MK belajar di SEGi KL, akhirnya MK dh habis foundation.. 14/12/2010 hingga 17/12/2010 adalah final exam date MK.. 3/1/2011 sem baru untuk MK.. baru start sem 1.. tp, lecturer yg incharged class MK cakap, next sem dah tukar sesi pembelajaran.. kalo dulu start dari 8pagi sampai 1.30 ptg,, tp sekarang.. hmm kul 1.30 smpai 7malam.. aduhhh nk sampai ampang pukul berapa plak tu.. nampak gaya nya, dh smpai ampang, MK kena call teksi la utk hantar MK kt rumah..adehhh.. takpe2, ape2 pun MK perlu berusaha sedaya upaya.. MK akan buktikan yg MK akan berjaya dlm apa yg diimpikan selama ini..

semalam, 18/12/2010 adalah tarikh yg tak dapat MK lupa.. aduh.. sebenarnya tiket bus MK pukul 11 pagi.. tapi disebabkan lewat bergerak dr ampang, pastu LRT plak wat hal, emmm terlepas bus MK nak balik ke Jengka tu.. jam dah pukul 11.20.. kebetulan masa tu kak Ithni datang KL, nk jumpa kawan dia.. dia pun nk jumpa MK, so MK suh dia tunggu terus kt Pekeliling tu.. nak tau tak ape yg menyebabkan MK "MALU????".. MK pinjam duit kak Ithni RM10.. huhu malunyeeee MK ni.. bukan apa, area Pekeliling tu bank susah nk jumpa jd tak sempat la untuk MK nk men"cocok" duit dr bank.. dlm purses ada RM8 je.. huhu ..

mulanya kak Ithni suh MK balik Seremban ( umah nya ) terus dh tau MK terlepas bus tu.. tp MK ada hal nak balik.. nak bincang pasal pertunangan MK dgn family.. jadi, MK perlu balik.. dgn muka MK yg agak tebal dalam 3,4 inci tu,, MK menerima la duit yg dihulurkan oleh kak Ithni tu.. aduhhhh, malunya MK.. sbb, ermm MK ni susah nk meminjam duit org lebih2 org yg MK kenal.. tp keadaan yg memaksa MK.. jadi, MK beli la tiket lagi dgn duit kak Ithni tu pukul 12.. terima kasih kak Ithni, tanpamu,,, saya tak balik la ke rumah.. hehehehe.. ***pengajaran nya disini, sediakan duit lebih dalam purses.. jangan tau nak makannnn jer baru ada simpan banyak!!!!***

**peristiwa 17 November 2010**
( kak Aishah bertunang.. thanks, coz jadikan Ann org yg pertama tahu majlis pertunangan akak.. terima kasih sangat2.. insha-ALLAH permintaan akak utk Ann sekeluarga hadir di majlis perkahwinanmu nanti akan kami tunaikan..!!! Mabruk ya ukhti!!)

**peristiwa 22 November 2010**
( terima sms my phone dr kak Sya "Ratu Syabinar"--> Salam adikku.. k.sya dh nk blk mesir esk pg. Doakan k.sya ye.. jga diri baik2 tau..love u sis.--hmm terima kasih akak anta sms tu.. ingat juga pada Ann ni.. semoga akak kt sana sihat2 selalu.. akak baru je pas operate kn.. hmm ape2 nti inform la pd Ann di inbox FB yer.. insha-ALLAH satu masa kita akan berjumpa juga.. terima kasih coz sudi berukhwah dgn Ann walaupun kita tak pernah bertemu.. bak kata akak, jauh dimata tetapi dekat dihati..kan? take care of ur self too, sis... love u..)

**peristiwa 14 December 2010**
( hidungku berdarah banyak sangat.. mungkin panas dlm badan ni kot.. dari pagi sampai malam tak henti mengalir.. dengan kepala yg sakit sangat2.. tapi kena ingat, ALLAH sayang padaku jadi kena sentiasa bersyukur dan sentiasa ingat padaNya.. "waiza maridtu fahuwa yasyfiin.." Dan apabila aku sakit, DIA lah yg menyembuhkan ku.." )