BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 7, 2010

:: Bil Oh Bil ::

:: pasni kene alert la yerr ::

KELILIP.. KELILIP!! KELILIP.. KELILIP!! aduh siapa pula yang telefon pagi2 ni.. Hello? Hello, saya dr TELEKOM MALAYSIA ingin beritahu cik, sila jelaskan bil telefon cik sebelum20hb ini yer.. Untuk mengelakkan sebarang pemotongan talian cik.. (sambil menggaru2 kepala yg tidk gatal lalu bercakap.. ) oh iye? saya baru nak bayar sekejap lagi (ayat coverLINE)..lepas tu dia cakap, terima kasih cik atas keprihatinan cik dalam perkhidmatan kami.. boleh cik berikan num ibubapa cik? Untuk maklumkan perkara ini.. emm yer, ini num nye, o16-93121.. (dalam hati--> itu pun nak report) huhu tanpa melengahkan masa MK pn berilah.


haha, kali ni MK nak cerita pasal bil.. apa lagi kalau bukan bil telefon dan multimedia rumah MK.. kali ni mencecah rm300 and above..haha, yang selebihnya hanya MK dan family je yang tahu..


Actually, bukan penggunaan telefon yang banyak tapi internet.. hehe mana tak melambung bil kami.. Setiap masa asyik on9 je.. laptop plak ada 3biji (betul ke biji?) isi rumah ada 6 orang (- mama n ayah cz jarang guna = 4 orang) MK, along n adik2 MK.. sume nye ade social web.. (yg kecik pun ade gak) Yang paling banyak MK la.. dengan Friendster la, Facebook la, MillatSpace la, Myspace la..

=ooOOoo=

Tapi, MK takde la terlalu "taksub" ngan semua2 tu.. Just for fun, sekurang2nya MK pun berdakwah juga dengan saudara islam sedunia.. Selalu dapat hadis2 yang memberikan keinsafan kepada diri sendiri.. dan kenalah beramal juga, jangan baca dan iyakan aje.. dan dapat kenal mereka..


Seronok! Tapi kena la jaga masa, jangan sampai yang lain pun lalai.. MK on9 selalu pun MK selalu baca berita.. Macam2 berita yang MK baca..Berita Harian, Sinar Harian, Kosmo!, Harakah Daily dan macam2 lagi la.. sekurang2 nya MK bukan katak dibawah tempurung.. Sometimes, MK belajar arab kat web.. Memandangkan MK ni kurang arif dalam bahasa tu, tak salah kalau MK cuba nak belajar.. Haiyya Taalamu al-Lughatul Arabiyaah!


"Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian,kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta nasihat menasihati di atas kebenaran dan kesabaran" (surah Al-Asr Ayat : 1-3)

0 comments: