BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Wednesday, February 2, 2011

:: Program Bersama AJK Persatuan Penduduk Apartment Permai Puteri ::

Assalamualaikum.. kembali lagi MK untuk mencorat coret blog MK ni.. Alhamdulillah pejam celik pejam celik dah masuk 4 bulan MK study kt KL tu.. semoga selepas ini segala urusan MK dipermudahkan olehNya, insha-ALLAH! perjuangan baru je selesai tetapi masih ada perjuangan yg belum selesai.. iaitu, mid term exam MK pada 22februari ni.. MK mesti bertarung dgn jaya nya! yeahhh!!! (semangat )

hmm baru ni 29hb Januari, MK melibatkan diri bersama AJK Persatuan Penduduk Apartment Permai Puteri di Ampang.. sepatutnya MK pulang ke kg halaman pada 28 Januari tetapi disebabkan tanggungjawab, MK perlu stay lebih sikit.. ( alah, 2 hari je kan ) program tu best sangat2.. MK diminta oleh warden MK untuk melibatkan diri memandang MK pn telah terlibat menjadi sebahagian dari AJK persatuan tersebut.. MK sebagai orang penting di dalam dewan dengan jayanya telah memeriahkan majlis tersebut.. syukur ya ALLAH kerana segalanya berjalan dengan lancar.. terima kasih kepada pengerusi persatuan, dan smua AJK termasuk warden, En Amir.. hehe..

petang sebelum majlis tersebut, MK ditugaskan memeriksa sebuah rumah student yg dikatakan telah kehilangan laptop, dan wang tunai bernilai rm200.. hmm MK sedih juga dgn insiden tersebut, macam mana boleh hilang.. mak ayah kirim kan duit, tiba2 jadi macam ni.. sedih nya hati MK.. kalaulah MK ditempat student tersebut, hmm.. hanya Engkau yg Mengetahui.. segala peralatan di dalam bilik, MK geledah.. untuk mencari bukti tapi malangnya tiada sebarang bukti yg ditemui.. bagi MK, takkan semudah itu pencuri tersebut meninggalkan sebarang bukti.. mereka pun cerdik juga.. apa pun sabar ye sahabat.. ada hikmah di sebalik semua ini..

disini, MK selitkan beberapa gambar kenangan di malam itu untuk tatapan tetamu blog MK..



:: MK bersama ita, my housemate ::

:: MK dengan aidil, anak pengerusi majlis ::

:: zul, MK dan ida (my roommate) ::

:: hehe we are the best cohort 17A ::

:: kami 1 class lagi ::

:: En Amir (wardenku ) dan MK ::

:: tenaga kerja di malam itu.. terima kasih semua ::

:: makan timeee... hihi (i like it! ) ::

:: haaa ni adalah proses menapau ( dh macam kenduri plak ) ::

:: tahniah buat Qay ( baju hijau tgh2 ) dpt cabutan bertuah ::

Saturday, January 8, 2011

:: Seharian MK di HKL ::


:: kad inhaler.. hmm malunya MK ada kad ni.. tp ia bukan masalah pada org lain.. MK nak sihat,perlu la ikut apa yg perlu.. waiza maridtu fahuwa yasyfiin ::

::inhaler baru MK.. ini special inhaler.. org tertentu je dapat inhaler ni.. kuat sangat tau, 400 doss.. hmm ::

::akhirnyaaaa... dapat juga nebulizer machine ni.. mahal tau.. tp hmm demi kesihatan ku ::

:: pesanan untuk diri ini dan semua wanita islam.. ::

:: Sesekali Di Uji.. from, Nice ::

Friday, January 7, 2011

:: khas untuk diri ku ::

Saturday, January 1, 2011

:: Aku Serahkan Diri Ini Kepada-MU ::


ya Allah.. ampunilah dosaku ya Allah.. aku telah banyak sakitkan hati pada hambaMu.. aku banyak terlepas kata-kata yang aku sendiri tak sedari kehadirannya.. ampunilah dosa aku ya Allah... sempena tahun baru ini, Engkau permudahkanlah untuk aku melakukan segala apa yang Engkau yang suruh,, jauhi lah aku dari perkara yang Engkau larang.. Engkau rahmatilah hidupku ini ya Allah.. tanpa Engkau, aku tak mungkin kuat..

ya Allah, Engkau ampunilah dosa2ku.. ampunilah dosa2 kedua ibu bapaku, ampunilah dosa2 guru ku.. ampunilah dosa2 sahabat2ku, ampunilah dosa seluruh umat islam di muka bumi ini ya Allah.. ya Allah, Engkau ampunilah juga dosa kepada insan yang telah awal dariku menghadapMu ya Allah.. Engkau tempatkanlah kubur2 mereka semua dari taman2 syurgaMu... dan Engkau jauhilah kubur2 mereka dari jurang nerakaMu ya Allah.. ku mohon dengan sangat.......

bagi yang mengenali diri ini.. ku mohon ampun dan maaf daripada kalian seandainya terkasar dalam bahasaku, tersilap dalam perbicaraanku, termarah yang tak sepatutnya, tertanya yang tak tentu, tersasul hingga tak sengaja, ter"moody" dengan tak semena-mena.. Ampun dan maaf yang ku pinta,,, diriku hanya insan yang biasa yang terkadangnya bila di uji terlepas bicara yang tak sepatutnya... Maafkan diriku ini...........

ikhlas dari hati ini, Musafir Kecil.......



Friday, December 31, 2010

:: syukran jazeelan ya sodiQati ::


emm tiba-tiba je MK nak entry pasal budak nih.. hihi ^_^.. ok, inilah sahabat baik MK.. Namanya Ku Hasmidar.. baru je Ku call MK tadi.. ahh rinduuunya pada Ku.. Ku tanya MK sihat ke tak.. tengah buat apa.. seronoknya.. Ku ada beritahu MK tadi, yang Ku nak sambung belajar lagi.. sukanya hati MK! takpe Ku, belajar dulu pastu baru kerja ye.. MK sentiasa doakan Ku dalam apa jua yang Ku lakukan... haa kawan2, inilah kawan MK yang still ingat MK sebagai sahabat.. yela, sekarang ni susah nak dapat sahabat yang betul2 setia dengan kita.. susah senang bersama.. kebanyakan, bila dah senang segalanya lupa.. lupa dimana titik pertemuan seorang sahabat itu.. bagi MK, Ku banyak bagi semangat pada MK.. tika MK sedih, Ku kuatkan semangat MK..

Bagi MK tahun 2010 adalah tahun segalanya tercipta kenangan.. tak kira la kenangan itu pahit ke, manis ke.. tetapi disebalik kenangan itu, MK redha dengan apa yang sedang berlaku pada diri MK ni.. Dugaan dan ujian ni kalau dipersoalkan berdosa jadi MK terima dan laluinya dengan hati yang sangat tabah.. terima kasih Ku kerana sentiasa berikan sokongan pada MK.. Engkau lah sahabatku dunia dan akhirat...

untuk Ku, MK persembahkan lirik lagu Sebuah Pertemuan untukmu.. semoga ukhuwah kita ini kekal hingga ke syurga,, insha-ALLAH... An sayang Ku sangat2.. terima kasih kerana sudi berkenalan juga bersahabat dengan An.. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan Ku di dunia ini juga di akhirat sana.. disaat MK mula bergolak perasaan dengan seseorang, kau hadir untuk memberikan semangat padaku.... sayang kamu,,,, sahabat!!!!

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama
TEMAN