BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, February 14, 2011

:: Salah kah aku??? ::




hmm post kali ni agak kurang menyenangkan hati MK.. sedihnya laa.. bila niat yg baik disalah tafsir oleh pihak lain.. salahkah aku?? apa pendapat kalian pabila org mengatakan kita ni, MANUSIA BERTOPENGKAN USTAZAH???? tp kn macam kelakar je kan ayat tu, tp itulah yg MK terima dari seorang senior.. gara2 MK memakai jubah.. apa salah MK? kerana cemburu MK berkawan dengan boyfriend dia? secara jujurnya, kami hanya berkawan.. dan tak lebih dari itu.. Billahi, tak ada niat nak menggatal atau apa.. itu bukan prinsip MK.. kalau tidak kerana "study", MK tak mungkin rapat dengan kawan MK tu.. tapi perlu la faham, skop belajar kami bagaimana.. MK belajar dalam jurusan kejururawatan jadi kadangkala kami memerlukan antara 1 sama lain dalam tugasan kami.. jika tidak bersama rakan setugas, kami semua ini aka berurusan dengan pesakit yg berlainan jantina.. ya Allah, hatiku masih kuat untuk bersabar dengan semua ini..

tapi perlukah MK nak marah2 hanya kerana dia? MK cuma tak dapat terima lemparan kata2 sedemikian kerana MK masih punya perasaan yg sama dengan insan2 yg lain.. MK tahu apa yg MK buat.. yg penting kejujuran.. juga keikhlasan.. tapi, MK perlu ingat dari kata2 seorang yg sangat istimewa dalam hati MK ni,, "pedulikan apa dgn kata2 orang.. hidup ni bukan nak dgr semua tu,, tak mati pun.. yg penting kita tahu dengan apa yg kita buat.."

maybe dia senior, dia ada gang, dia fikir dia boleh perkatakan sedemikian.. bg MK, jika MK terdengar yg bukan2 lagi, MK nak sangat bersemuka dgn dia.. nak tahu apa masalah dia sebenarnya.. bila dibiarkan, nanti macam2 tohmahan yg MK bakal terima.. kalau benar MK nak menggatal, tak guna lah MK nak study.. tak guna la hanya nak membazir duit mama ayah.. tak dapat apa pun.. yg dapat,, duit entah kemana,, waktu membazir macam tu je.." seSungguhnya, manusia berada di dalam kelalaian..."

Allah.. Allah.. Allah... permudahkan aku didalam setiap urusan aku ya Allah.. semoga segalanya berakhir dengan baik... pimpinkan lah aku ke jalan yg benar.. kerana Engkau lah pengharapanku, dan janganlah Engkau hampakan perasaanku, ya Allah... "innalillahi wainna ilaihirajiunnn....."

0 comments: