BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 31, 2010

:: syukran jazeelan ya sodiQati ::


emm tiba-tiba je MK nak entry pasal budak nih.. hihi ^_^.. ok, inilah sahabat baik MK.. Namanya Ku Hasmidar.. baru je Ku call MK tadi.. ahh rinduuunya pada Ku.. Ku tanya MK sihat ke tak.. tengah buat apa.. seronoknya.. Ku ada beritahu MK tadi, yang Ku nak sambung belajar lagi.. sukanya hati MK! takpe Ku, belajar dulu pastu baru kerja ye.. MK sentiasa doakan Ku dalam apa jua yang Ku lakukan... haa kawan2, inilah kawan MK yang still ingat MK sebagai sahabat.. yela, sekarang ni susah nak dapat sahabat yang betul2 setia dengan kita.. susah senang bersama.. kebanyakan, bila dah senang segalanya lupa.. lupa dimana titik pertemuan seorang sahabat itu.. bagi MK, Ku banyak bagi semangat pada MK.. tika MK sedih, Ku kuatkan semangat MK..

Bagi MK tahun 2010 adalah tahun segalanya tercipta kenangan.. tak kira la kenangan itu pahit ke, manis ke.. tetapi disebalik kenangan itu, MK redha dengan apa yang sedang berlaku pada diri MK ni.. Dugaan dan ujian ni kalau dipersoalkan berdosa jadi MK terima dan laluinya dengan hati yang sangat tabah.. terima kasih Ku kerana sentiasa berikan sokongan pada MK.. Engkau lah sahabatku dunia dan akhirat...

untuk Ku, MK persembahkan lirik lagu Sebuah Pertemuan untukmu.. semoga ukhuwah kita ini kekal hingga ke syurga,, insha-ALLAH... An sayang Ku sangat2.. terima kasih kerana sudi berkenalan juga bersahabat dengan An.. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan Ku di dunia ini juga di akhirat sana.. disaat MK mula bergolak perasaan dengan seseorang, kau hadir untuk memberikan semangat padaku.... sayang kamu,,,, sahabat!!!!

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama
TEMAN

0 comments: