BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 28, 2010

:: tahun baru, semangat baru azam pn baru! ::


Assalamualaikum w.b.t.. kali ni MK nk entry bab keilmuan sikit.. keilmuan ke? haha takde la sangat tapi boleh la dari takde kan.. Actually, MK pun dah nak masuk sem 1.. kecoh ke? takde laa kan kawan??? sebab selama ni MK foundation.. foundation pun wajib lulus.. masa foundation MK belajar 6 subjek iaitu Anatomy and Physiology, Applied Math, Islamic Studies, Malaysian Studies, Nursing dan juga English.. dan alhamdulillah bersyukur sangat kepada ALLAH sebab segalanya berakhir dengan kejayaan..

Berbalik pada tajuk tu, sempena nak masuk tahun baru ni, MK nak matangkan diri MK ni dulu.. yela selama ni MK tak pandai sangat nak berdikari.. semua bergantung pada orang.. kali ni, start from now, MK nak berdikari sendiri.. 21 tahun? hmm dua angka yang agak cukup mematangkan bagi seseorang tu tapi bg MK, walau MK dah semakin dewasa,,, MK masih dibawah penjagaan mama dan ayah.. tiada makna "free" dalam kamus hidup MK sebelum MK sah jadi hak milik seseorang.. MK berjanji yg MK akan belajar bersungguh2 kali ni.. MK taknak main2 dalam pelajaran.. MK nak focus apa yang ada dihadapan MK sekarang.. yang dah lepas tu, lepas laa.. buat apa nak diingatkan kembali jika dengan mengingati sesuatu perkara tu membuatkan hati, perasaan dan jiwa terganggu.. melainkan MK ambil semua tu sebagai pembakar semangat MK untuk teruskan kehidupan yang penuh onak duri dalam meniti kehidupan dunia yang fana ini..

Actually, MK cuma nak focuskan pada study MK.. MK nak betul2 struggle sebab my mission is,,, MK nak ke Saudi Arabia.. kalau MK jaga pointer MK start dari foundation sampai akhir sem nanti, insha-ALLAH MK boleh praktikal dan dapat kerja disana.. Insha-ALLAH.. dengan arabic language yang MK belajar selama ni akan menguatkan lagi untuk MK bakal kesana.. yang penting, MK perlu berusaha sesungguh2nya!!!!!

kat KL, MK dh jadi ahli jemaah kt Masjid Jamek.. MK dah mula cintakan masjid tu.. yela sbb kolej MK tak jauh mana pn dari masjid tu.. habis kelas terus singgah.. seronok! pasni MK nak kerap gi semua masjid kt KL tu.. Masjid Besi tu agak panas sikit laa.. huhu.. lecturer MK pn cakap macam tu.. tp kan Masjid Putrajaya paling best! seronok sangat2.... bukan best tak best yang MK maksudkan cuma MK nk kerap pergi kesemua masjid yg ada kt sekitar KL tu.. bg student lain, habis kelas pergi Mines la, pergi Mid Valley la, pergi TS (singkatan dr Times Square) la dan ape2 lagi laaa.. hmm bukan MK ni baik sangat tp MK ni tak boleh penat2 sangat.. so, maaf la kalau MK tak macam student lain.. tak kisah la u all nak kemana pun yang penting, pelajaran jangan terganggu dah la.. bagi MK plak, MK perlu tahu asal usul MK ni dari mana jadi perlu bawa diri sendiri ke tempat orang.. tak perlu la nak ubah style ke, ape2 je laa.. ini ada budak2 baru, dah ubah style pakaian.. diorang leh cakap plak, hey! sini KL laa beb! mcm nak tergelak pun ada jugak.. KL? perlu ke nak ubah semua tu? tak ada makna nya... MK tak bangga langsung la duk KL ni, cuma MK bangga dengan apa yang MK belajar selama ini.. biarkanku menjadi diri sendiri kerana itu lebih baik dan itu yang membuktikan aku tetap aku!!!!!!

bagi kawan2 semua.. Selamat Menyambut Tahun Baru 2011.. semoga tahun ini akan mendapat keberkatan dari-Nya.. semua yang berlaku pada tahun yang berlalu itu adalah kenangan.. ada kenangan yang manis.. ada kenangan yang pahit tapi bagi MK, kenangan itu adalah anugerah yang cukup besar buat MK.. " sehebat mana pun kita, kita takkan dapat membina kenangan yang lalu dan sekaya mana pun kita, kita takkan dapat membeli kenangan yang lalu...." zassssssssss.... Salam sayang buat semua sahabatku..

0 comments: