BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 23, 2010

:: Ujian Yang Tak Di Duga ::



Ujian yang tak diduga oleh MK.. Tarikh dan hari yang amat bermakna buat MK.. 22July10.. huhu.. sedih rasa hati tapi apakan daya, MK tak boleh nak tangisi semua ni.. Semua dari kesilapan MK sendiri.. Dah beberapa hari demam gara2 MK minum pepsi ice kt McD Genting Sempah.. Yela MK ade asthma jd MK abaikan sume tu.. walau 2,3 teguk MK dh buat diri MK menjadi lebih teruk..

dekat seminggu batuk tak hilang2 lagi.. biasa kalau demam batuk, akan batuk kahak tapi MK batuk keluar air.. emm risau juga.. Malam2 terasa sakit yg amat sangat dada ni.. so, amek keputusan g klinik.. Dh banyak kali MK tak buat medi.check up di KMC.. Memandangkan mama busy jd ambik keputusan sendiri untuk pergi klinik.. Sampai klinik, mengeluh seketika.. huhu.. ramainya orang.. dah macam tin sardin dah.. huhu.. takpelah, MK kena fikir orang lain pun memerlukan rawatan juga.. dalam 5 orang lagi, takpelah sms mama bagitau dah sampai klinik.. nanti risau pula..

ting tong!!! giliran MK plak.. dup dap dup dap!!!! Sampai dalam bilik doktor, MK bagitau la sakit apa semua.. MK bagitau malam2 susah nak bernafas.. Batuk2.. Selalu sakit kepala.. doktor minta MK masuk bilik saringan untuk check tekanan darah dan nadi MK.. Alamak! high temperature.. Pastu kena xray... MK rasa macam tak sedap hati je.. Dah selesai xray, bila doktor scan xray MK, Ya Allah!!!!! MK ada PNEUMONIA! paru2 berair.. nangis2 MK bila tengok xray tu.. Sampai asthma attacked.. tak pasal2 kene sedut nebulizer.. huhu.. bila teringat xray tu, oh mcm tu rupanya kalau paru2 berair. ada warna putih kt bahagian bawah paru2 MK.. MK dapat banyak ubat, tapi sebelum balik doktor ada pesan pada MK.. Nak cegah dari ia terus melarat, minum madu.. dan sentiasa jaga pantang sebagai seorang asthmaler..

Balik tu trus bagitau mama,, mama apa lagi telefon Wak Seman.. wak tu peniaga madu lebah asli dari kalimantan, Indon.. mama beli 20 botol.. banyak!!! wak tu datang malaysia naik kapal.. ikut laut jer.. Family dia ada tinggal di mentakab jadi bila sampai Malaysia senang kami ambik disana.. kalau pos nanti, takut2 meletup.. lagipun tak jauh mana ke Mentakab..

Macam tak sangka MK ada penyakit tu.. tapi ini sume silap dari MK!!!!! kenapa nak degil? orang tegur untuk kebaikan diri.. kenapa susah nak dengar nasihat orang? macam mana nak belajar macam ni kalau perangai masih tak ubah,, nanti mula la risaukan ramai pihak! kena sayang diri.... lepas tu baru boleh sayang semua orang,, kalau diri tak jaga macam mana nak sayang semua orang???? Ann.. Ann..Ann.......

SELALU MANDI MALAM, MINUM MINUMAN BERAIS, SENTIASA BERKIPAS!!!! Inilah akibatnya..

*** lepas ni jangan mandi malam dah...
*** lepas ni jangan nak minum yang sejuk2, ais ke, aiskrim ke...
*** lepas ni jangan nak berkipas badan..
*** bila hujan kena alert sikit! pakai stokin, baju tebal2..

Kesimpulannya :-- KENA ♥♥♥♥♥ DIRI SENDIRI!!!!!!

Walau apapun,semua datangnya dari Allah."la tahzan innAllaha ma'na".. ish.. cuba pujuk hati lagi untuk diam dalam ketentuan Allah.. segala ujian mahupun dugaan yang telah Allah datangkan adalah untuk menjadikan aku lebih cekal dan tabah.. jangan mudah mengalah.. **Adakala terSungkur di Hari ini menJadi Tangga keBangkitan untuk Hari Esok**

Wednesday, July 21, 2010

:: Snap Sane Sini ::

:: my cousin nephew,, i love u, dear! love ur smile ::


:: we're siblings! hehehe... love u all!!! ::



:: Me and m younger brother.. Ziqry Adam.. ::



:: snap snap snap!!! ::



:: my brother n lovely mumma!!! emuah!!! ::



:: my lovely dad... love untill hereafter! ::




:: Adam with auntie ::



Antara perkara2 penting yang perlu kita lakukan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini ialah saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan perkara-perkara kebaikan. Bercerita tentang kasih sayang, sudah tentu ianya berhubung kait dengan fitrah hati. Kasih sayang ini umpama tali yang mengikat hati-hati manusia. Apabila wujudnya kasih sayang, maka lahirlah perasaan kemesraan dan apabila wujudnya kemesraan maka terbitlah kesejahteraan dalam hidup.

Ke manakah hilangnya perasaan kasih sayang dalam masyarakat kita?? Seringkali dada2 akhbar di negara kita dihiasi dengan berita2 yang menggemparkan kita. Terbaru, kisah 2 orang adik beradik Muhamad Shafril Shamir, 4 tahun, dan Nor Ameelia Syafiqah, setahun, yang ditemui mati dipercayai diracun bapa mereka, Shaari Hamid, 34, sebelum menggantung dirinya, semalam. Apa sudah jadi???

Sudah tentu, kita tersentuh hati apabila membaca kisah-kisah sebegini. Inilah nikmat hidup yang semakin hilang dalam masyarakat kita hari ini. Institusi keluarga yang sudah mulai layu kasih sayangnya. Ingat, kekuatan kasih sayang inilah yang membawa kepda kemenangan dakwah Rasulullah dan kegemilangan Islam di muka bumi ini.

Sebagai pembaca, apa komen anda tentang nilai kasih sayang. Apakah langkah2 yang anda rasakn perlu dilakukan oleh pihak atasan, masyarakat mahupun anda sendiri. Keprihatinan anda menunjukkan anda seorang yang menitik beratkan kasih sayangdalam kehidupan. Suburkan kasih sayang!!!


Tuesday, July 20, 2010

:: Hit Me Strees!!!! ::


open the eyes .. open hearts .. open all .. see everything with what I've done for you .. Oh heart, I am not the best for you .. and I am not perfect like everyone else .. but, I have their hearts in all of this .. why very difficult to believe me? Oh heart, I will always take care of you .. I always love you .. not be mocked hearts .. not also play for someone else .. Oh Allah,, give me strength in all things .. do not make the desire as a tool in this regard .. I still have a sane mind, still able to think of all that, I'm not the kids again .. I've grown .. do not make things as small as a problem for me .. I will overcome all the trials that you have given .. May u simplify my any business .. when I say love will love it .. no meaning unless is the word .. I will flush ur heart with love .. I would love a heart that.. special dedication to a heart..♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
(akan ku cari engkau wahai hatiiiiiiiiiiiiii.... ia takkan datang jika tidak dicari!)

<---~ Dizziness GirL ~--->



--------------------------------------------------------------------------------



Monday, July 19, 2010

:: Ukhuwah kerana ALLAH ::


Semakin hari diri ini disayangi orang.. Alhamdulillah, MK rasa bersyukur sangat ke hadrat Ilahi.. Tak tahu kenapa, mungkin ada hikmah disebalik semua ini.. Akan MK jaga hubungan ini kerana Allah.. Terima kasih kepada semua yang menyayangi MK.. Yang membuatkan MK terharu sangat2, sampai saudara islam kita di Mesir, di Oman, di Afghanistan, di Maldives dan juga negara jiran kita Indonesia semua sayang pada MK..


Pastu MK ade kenal dengan seorang insan yang MK tidak fikir MK dapat berkenalan dengan dia.. Tetapi semua itu percaturan dariNYA.. Sangat2 berbesar hati bila MK dapat kenal dengan dia.. Ratu Syabinar @ Ummul Syabinar.. Subhanallah! Nama yang cukup mendalam dari 2 patah perkataan tu,, MK panggil dia Kak Sya.. Kak Sya Belajar di UNIVERSITI AL-AZHAR KAHERAH MESIR.. Walau jarang untuk MK berbual dengannya melalui IE, tapi MK seronok.. Baru2 ni MK dapat tengok gambar yang Kak Sya upload dari mana ye hehe MK pun tatau maybe di bumi mesir.. Maaf Kak Sya if ann salah.. how can i say?????

SUBHANALLAH!!!!!!! cantik! perfect! mabless!! macam2 perkataan dah MK keluar untuk menunjukkan tempat tu sangat2 menarik.. Kak Sya insan yang bertuah kerana dapat pergi sana.. MK? Insha-Allah if Allah invite me to go there also.. Aameen.. bertambah kiut bila tengok Kak Sya pakai "hat".. hehe.. Sungguh MK cakap, cantik sangat2 tempat tu.. Kak Sya cakap itu pantai ajaib.. (7warna) tp MK tengok 1 warna je, apakah MK dah tak nampak warna lain?? hehehe......... MK doakan Kak Sya menjadi wanita yang solehah yg dibanggakan keluarga dan semua orang.. Terima kasih Kak Sya kerana sudi kenal dgn MK.. MK tak mampu untuk jd yg terbaik mcm Kak Sya tapi MK sedang meniti kearah itu, semoga Allah permudahkan segala urusan MK dengan apa yang MK niatkan... For Kak Sya, May Allah bless u and ur family in this world and hereafter....Aameen ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥...

Nak jumpa dengan diorang terlalu jauh la buat MK, tapi kita masih punya jalan yang sangat2 mudah dan dekat.. iaitu doa, dan itu juga pesanan mereka buat MK jika MK rindukan mereka.. Inilah keajaiban ISLAM.. di mana2 sahaja kita berada, kita tetap masih punya ada saudara.. Tidak kira berlainan bangsa apa pun yang penting kita memang sudah saudara dengan mereka.. Allahu Rabbi!

Jadi, MK perlu la menjaga hubungan silaturahim ini dengan sebaiknya,, dan Rasulullah pernah bersabda, "Siapa yang ingin dilapangkan rezekinya, dan dipanjangkan usianya, hendaklah ia memelihara hubungan silaturahim..."

:: Doa Pengasih ::

اللهم حبّب عبدك هذا الى عبادك المؤمنين وحبّب الى المؤمنين

Allahumma habbib 'abdaka haza ila 'ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin

"Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman"


Dalam hadis riwayat Muslim,Abu Hurairah r.a telah memohon Nabi S.A.W agar berdoa kepada Allah supaya diberikan hidayah kepada ibunya agar memeluk Islam.Berkat doa Nabi yang juga menunjukkan mukjizat Baginda,ibu kepada Abu Hurairah telah memeluk islam akhirnya.Beliau kemudiannya meminta Nabi S.A.W berdoa kepada Allah agar dia dan ibunya dicintai oleh sekalian orang-orang beriman.Nabi telah mendoakan untuk mereka dengan doa di atas dengan sedikit penambahan-"wa ummahu"(dan ibu Abu Hurairah),selepas kalimah"abdaka hadza"- .hasil doa Nabi,setiap orang beriman yang lahir akan merasa cinta apabila mendengar tentang Abu Hurairah..
~:ooOOoo:~

Inilah doa yang MK amalkan.. supaya kita semua berkasih, sayan
g, hormat, rindu sentiasa.. Hasilnya Alhamdulillah...
Beramal dengan ayat Al-Quran insyaAllah mesti ada hasil, cuma cepat dan lambat jer..
Kena la sabar kan.. sebab kita ni bukanlah insan2 yang terpilih mcm wali..sufi..alim.. ulama'...

Jadi doa tu nak terangkat.. banyak le tapisan kot.. apepun yakin pada DIA, Allah Maha Mengetahui segalanya...

~Wallahualam Bishowab~

Friday, July 16, 2010

:: Diriku yang selalu berkeluh kesah ::


( kenapa aku di uji? )

"Apakaha manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan "kami telah beriman" sedangkan mereka tidak di uji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta.."



( kenapa aku tak dpt apa yg aku idamkan?)

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahuinya.."



( kenapa ujian seberat ini? )

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."



( kenapa aku rasa FRUSTTTT???!!! )

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman.."



( bagaimana aku harus hadapinya? )

"Wahai orang2 yang beriman! Bersabarlah kamu menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara2 kebaikan dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan, dan bersedialah dengan kekuatan pertahanan di daerah2 sempadan serta bertaqwalah kamu kepada Allah, kamu berjaya mencapai kemenangan.."

"Dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali orang2 yang beriman.."



( apa yang aku dapat dari semua ini? )

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan mereka syurga untuk mereka.."



( kepada siapa aku harus berharap )

"Cukuplah Allah bagiku.. Tiada Tuhan selainnya.. hanya kepadaNya aku bertawaqal.."



( aku dah tak tahan lagi!!!! )

"... janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum kafir.."




''SEBELUM AKU BERBUAT BAIK KEPADA MANUSIA, AKU PERLU BERBUAT BAIK KEPADA ALLAH "HABLUMMINALLAH...... THEN, HAMBLUMMINANNAS......

Monday, July 12, 2010

:: Merehatkan Segalanya ::

:: my fav.. hulawehh! :

hari ini MK rasa sedih sangat.. entahla kenapa... macam2 dikepala ni nak fikir.. bila MK jelaskan tak semua akan faham keadaan MK.. so, amek keputusan ajak mama pi Temerloh.. lepak kat Secret Recipe.. tengah borak2 ngan mama, terlihat seseorang yg pernah MK kenal suatu ketika dulu,, oh senior MK masa di Maahad SAS dulu.. alahaii makin comel dia, tetiba dia datang kat MK..

=ooOOoo=


ini aan kan? dorm 8B adik bilik Kak Mar ketua aspuri tu kan? (huhu banyak betol "kan" dia... ) hehehe... MK pun jawab la, dah orang tanya.. haah! aan la ni.. hehe wah makin comel akak ni.. akak belajar mana sekarang? akak dah habis belajar.. sekarang dah keje dah pun.. keje kat sarawak.. kt JPN.. aan ni makin comel laa.. geram akak! (aik?MK plak.. huhu MK cakap kat dia comel.. dia plak cakap kat MK.. ke nak amek ati je?..) takde la akak.. aan mcm ni la.. kecik still cam dulu.. cuma yela dah semakin meningkat usia semakin berubah la muka kita.. akak pun sama.. jemput la duduk ngan kami.. (mama cuma senyum aje,,) eh takpela aan akak kene cepat, sebab husband akak tunggu kt luar.. kebetulan singgah sini nak beli kek.. ok, amek num akak ni.. 013-388 bla bla bla... ada masa sms la akak yer.. OK akak..


=ooOOoo=


begitu la manusia.. cepat berubah kan.. huhu harap segalanya baik untuk nya juga untuk MK.. bila seseorang tu dah ada dunia kedua (berumahtangga) adakah punyai masa untuk mengingati kita??? itu yang MK takut jika ia berlaku pada seseorang yang MK amat sayang.. Demi Ukhwah kerana ALLAH, MK percaya ia tetap akan sama sepertimana mula2 terjalinnya ukhwah itu... mengharap... mengharap... dan terus mengharap....... ***

Saturday, July 10, 2010

:: Di Uji Lagi... Alhamdulillah ::

:: inilah inhaler yg MK guna.. VENTOLIN (",) ::


Jam 3.30 pagi, MK dah terasa sakit sangat dada ni.. cepat2 MK cari inhaler MK.. (dalam hati..)em mane plak perginya inhaler nih.. bila nak perlu time ni jugak laaa nak hilang ape.. (tiba2 teringat hari tu MK last guna MK letak atas meja study..) hah! dah jumpa pun.. emmm.. dekat 4kali jugak pagi tu MK sedut.. biasanya 2x dh terus bump ke paru2.. ini sampai 4x.. em,, fikir punye fikir patot la,, MK terlepas pandang pada makanan yg berpantang..

Malam tu MK makan kuey teow goreng.. MK ada termakan kerang.. MK ni allergic makan seafood.. salah 1 nye ni la, asthma attacked.. mungkin asthmaler lain just effect pd makanan sejuk2, tp MK tak.. segala makanan, cuaca, keadaan sekeliling perlu jaga.. sebab MK chronic condition causing difficulty in breathing..

Mula la MK susah nk lelapkan mata... tp MK perlu lelapkan juga if tak nanti lagi tak cukup rest.. TAP! (bunyi suis lampu ditutup...) zzzzzzz......

=ooOOoo=


:: sakit tekak!!!!!! ::

emm bila dah banyak kali inhale inhaler tu, MK dh rasa kurang senang jer.. Patutla, tekak rasa kering jer... dah start nak batuk kering nih... Ya Allah,, aku terima if sume ini ujian dariMU..

amek hp jap nak sms mom... em banyak sms masuk.. sume dr kawan2 kat Facebook.. MK skang malas nak on9 social web sangat.. just tgk2 je.. sebab kadang2 dah info kt hp MK.. jadi, buat apa nak baca 2,3 kali.. melainkan ia penting wat MK, baru MK komen semula..

MK sms mama plak,, :::> ma, nti jgn lupe beli lozeng skit tekak.. angah sakit tekak nih.. mama rep :::> k.. (huh, simple tol ma nih.. lagi maju dr bebudak skg.. tkpelah ok la tu! )


=ooOOoo=


:: nak sihat kena minum!!! ::

Breacol? em... aduh, ubat yg wajib makan pun dh tak lalu ini plak nak tambah lagi. oh tidak!!! tp kena la amek,, kang tak pasal2 melarat, MK dh menyusahkan orang lain.. Mata dah semakin layu,,, rasa mengantuk sangat2... emm nak wat kerja pun dah tak larat..

mamandangkan tgh "uzur syari'e" MK baca hadis2.. n maksud ayat alQuran.. sekurang2 nya takdela MK nak melayan rasa mengantuk ni.. tk sampai 2 page mata MK dah terlalu berat untuk buka.. jadi, MK amek keputusan untuk rest n tido.. dengan lafaz bismilillah serta mengucap, MK terus lelapkan mata............

(semoga Allah berikan MK nikmat kesihatan yg baik untuk MK kembali seperti sediakala..)

Aameen!!!



"Dan apabila aku sakit, DIA lah menyembuhkan ku..."
( asy-Syu'ara : 80)


Wednesday, July 7, 2010

:: Bil Oh Bil ::

:: pasni kene alert la yerr ::

KELILIP.. KELILIP!! KELILIP.. KELILIP!! aduh siapa pula yang telefon pagi2 ni.. Hello? Hello, saya dr TELEKOM MALAYSIA ingin beritahu cik, sila jelaskan bil telefon cik sebelum20hb ini yer.. Untuk mengelakkan sebarang pemotongan talian cik.. (sambil menggaru2 kepala yg tidk gatal lalu bercakap.. ) oh iye? saya baru nak bayar sekejap lagi (ayat coverLINE)..lepas tu dia cakap, terima kasih cik atas keprihatinan cik dalam perkhidmatan kami.. boleh cik berikan num ibubapa cik? Untuk maklumkan perkara ini.. emm yer, ini num nye, o16-93121.. (dalam hati--> itu pun nak report) huhu tanpa melengahkan masa MK pn berilah.


haha, kali ni MK nak cerita pasal bil.. apa lagi kalau bukan bil telefon dan multimedia rumah MK.. kali ni mencecah rm300 and above..haha, yang selebihnya hanya MK dan family je yang tahu..


Actually, bukan penggunaan telefon yang banyak tapi internet.. hehe mana tak melambung bil kami.. Setiap masa asyik on9 je.. laptop plak ada 3biji (betul ke biji?) isi rumah ada 6 orang (- mama n ayah cz jarang guna = 4 orang) MK, along n adik2 MK.. sume nye ade social web.. (yg kecik pun ade gak) Yang paling banyak MK la.. dengan Friendster la, Facebook la, MillatSpace la, Myspace la..

=ooOOoo=

Tapi, MK takde la terlalu "taksub" ngan semua2 tu.. Just for fun, sekurang2nya MK pun berdakwah juga dengan saudara islam sedunia.. Selalu dapat hadis2 yang memberikan keinsafan kepada diri sendiri.. dan kenalah beramal juga, jangan baca dan iyakan aje.. dan dapat kenal mereka..


Seronok! Tapi kena la jaga masa, jangan sampai yang lain pun lalai.. MK on9 selalu pun MK selalu baca berita.. Macam2 berita yang MK baca..Berita Harian, Sinar Harian, Kosmo!, Harakah Daily dan macam2 lagi la.. sekurang2 nya MK bukan katak dibawah tempurung.. Sometimes, MK belajar arab kat web.. Memandangkan MK ni kurang arif dalam bahasa tu, tak salah kalau MK cuba nak belajar.. Haiyya Taalamu al-Lughatul Arabiyaah!


"Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian,kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta nasihat menasihati di atas kebenaran dan kesabaran" (surah Al-Asr Ayat : 1-3)